"Superstar konon" - Atok Weigang Berang Aksi Pemain Perak TBG

Walaupun pasukan Perak TBG berjaya mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan pasukan Melaka United (MU) 3-2 dalam aksi Liga Super di Ipoh malam tadi, Karl Heinz Weigang begitu berang dengan aksi yang dipamerkan oleh anak buahnya.

Atok Weigang Berang Aksi Pemain Perak TBG
Atok Weigang Berang Aksi Pemain Perak TBG

Kata pengendali Jerman ini "seluruh rakyat Perak tentulah gembira bila mendapat keputusan ini, namun tidak saya.

'Superstar' konon. Pemain terbaik daripada serata Malaysia?" senyum Weigang.


Penyokong juga akan kecewa dengan kualiti pemain Perak

Nasib baik tiada penonton, kalau tidak pasti mereka pun turut terkejut dengan kualiti yang dipamerkan dan saya juga pasti mereka tidak gembira.

'Superstar' konon. Pemain terbaik daripada serata Malaysia?" senyum Weigang.

"Saya sentuh juga pemain import (Perak). Macamana mereka semua main bola?

Perak TBG musim ini telah mengikat 4 pemain iaitu Yashir Pinto (Palestin), Vladislav Mirchev (Bulgaria) dan Faton Toski (Kosovo) disamping mengekalkan tonggak pertahanan dari Brazil, Thiago JunioAquino.

Kekadang saya terfikir sejenak, adakah kelemahan saya membimbing mereka? ujar pengendali veteran ini.

Apa yang merisaukan lagi ini adalah perlawanan ketiga. Walaupun tidak pernah lagi tewas dalam saingan Liga Super tetapi perjalanan masih jauh. Jika tiada perubahan pasti membawa padah. Sebelum ini Perak berjaya mengikat Pahang 1-1 pada perlawanan pertama liga sebelum menundukkan Penang FA 1-0 di laman lawan.

Perak menang 3-2 melawan Melaka United




Meskipun bermain tanpa sokongan penonton di stadium, Perak berjaya memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas berjaya menewaskan skuad Melaka United (MU) dengan jaringan 3-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak malam tadi.

Gol Perak dihasilkan oleh Thiago Junio Aquino, Yashir Pinto dan gol kemenangan di lewat permainan oleh Vladislav Mirchev. Gawang Perak bos 2 kali oleh pemain Melaka United melalui jaringan Jeon Woo Young dan Izzaq Faris Ramlan.

Ternyata pengendali Perak TBG, Karl Heinz Weigang tidak hanya melihat kepada kemenangan semata-mata sahaja, namun gaya permainan yang hancus akan merugikan pasukan di masa mendatang. Atok Weigang sudah pasti akan lebih tegas selepas ini untuk didik pemain Perak yang berlagak "Superstar" kononnya. 

Kome tengok, Weigang sendiri bengang Perak main semalam. Inikan pula fans. Kome je bodoh kalau sokong bola sebab result semata-mata.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Superstar konon" - Atok Weigang Berang Aksi Pemain Perak TBG"

Post a Comment