TRW TUKAR KASUT SETIAP BULAN

Pemain bola sepak Kelantan FA menerima tajaan tambahan berupa kasut bola daripada sebuah syarikat kosmetik bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2017 musim ini.

Indra Putra menerima tajaan kasut baru dari penaja Glow Glowing
Indra Putra menerima tajaan kasut baru dari penaja Glow Glowing

Pengarah Urusan Glow Glowing Beauty Skin Sdn Bhd, Datuk Rowi Dollah berkata syarikat itu sebelum ini telah menaja jersi perlawanan dan latihan bagi pasukan The Red Warriors itu.

"Penajaan tambahan ini dilakukan bagi menaikkan semangat pemain untuk beraksi lebih cemerlang dalam setiap perlawanan yang ditempuhi mereka.

"Kasut bola berkenaan akan diberikan secara bergilir dengan seorang pemain akan menerima sepasang kasut pada setiap bulan," katanya di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun merahsiakan harga dan jenama kasut bola yang akan diberikan kepada pemain Kelantan.

Syarikat itu sebelum ini telah menyerahkan sepasang kasut, masing-masing kepada dua penyerang Kelantan iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad.

“Kita serah kasut kepada Indra Putra dan minyak wangi untuk semua pemain dan pegawai sebagai semangat awal kepada mereka,” katanya.


Subscribe to receive free email updates:

2 Responses to "TRW TUKAR KASUT SETIAP BULAN"