MPKB-BRI UBES FC Pasukan Bolasepak Patuh Syariah Liga Malaysia 2017

Pasukan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan Football Club atau MPKB-BRI U-BeS FC akan membawa elemen patuh syariah Islam dengan menutup aurat dalam saingan Piala FAM 2017.

Para Pemain Baru MPKB-BRI Ubes FC 2017 bersama MB Kelantan
Para Pemain Baru MPKB-BRI Ubes FC 2017 bersama MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata, pendekatan tersebut amat sesuai dengan imej kerajaan negeri yang meletakkan Islam sebagai asas dalam sistem pentadbiran.

"Saya juga mahu pemain menunjukkan disiplin yang tinggi dan membawa akhlak baik sepanjang pertandingan itu nanti.

"Besar harapan kita agar, imej yang dibawa oleh pasukan ini menjadi contoh kerana ia berlandaskan kepada syariat," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Barisan Pemain MPKB BRI Ubes di sini malam tadi.

Jersi MPKB-Bri Ubes FC 2017
Jersi MPKB-BRI Ubes FC 2017

Yang turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah dan Yang Dipertua MPKB-BRI Datuk Zamri Ismail.

MPKB-BRI Ubes FC hargai pemain ke-12

MPKB-BRI Ubes FC sepakat untuk mengosongkan nombor 12 bagi memberikan penghormatan kepada penyokong setia pasukan itu.

Nombor 12 membawa simbolik kepada penyokong sebagai pemain ke-12 untuk pasukan MPKB-Bri Ubes FC.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MPKB-BRI UBES FC Pasukan Bolasepak Patuh Syariah Liga Malaysia 2017"

Post a Comment