SELANGOR TAMBAH DERITA TRW

Pasukan bola sepak Selangor terus melebarkan kuasa apabila menewaskan Kelantan dengan dua jaringan penting dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Juliano Mineiro cemerlang ledak 2 gol Selangor vs Kelantan semalam
Juliano Mineiro cemerlang ledak 2 gol Selangor vs Kelantan semalam


The Red Giants bermula garang apabila mendahului Kelantan seawal minit keempat hasil jaringan Juliano Fernandes Mineiro.

Gol itu diperolehi selepas beliau menyepak masuk ekoran percubaan Victor Stelian Astafei gagal ditampan kemas penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Pelawat terus mengasak dan hampir memperoleh gol kedua pada minit ke-29 tetapi rembatan deras pemain gantian Adam Nor Azlin di dalam kotak penalti ditepis keluar Khairul Fahmi.

Selepas rehat, Juliano Fernandes Mineiro menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol kedua Selangor pada minit ke-63 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti yang sama sekali sukar ditepis Khairul Fahmi.

Selangor kini berada di tangga ketiga dibelakang Kedah dan Pahang. Selangor dijadual bertemu Kedah pada 1 Mac di Stadium Selayang.


Video Gol Kelantan vs Selangor 0-2



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SELANGOR TAMBAH DERITA TRW"

Post a Comment