TMJ SETUJU BERTANDING PRESIDEN FAM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan mendapat ‘lampu hijau’ untuk menggalas tugas sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sekali gus menepati ramalan bahawa beliau merupakan calon terbaik mengisi kekosongan kerusi panas badan induk bola sepak negara.




Perkara tersebut disahkan menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers yang melaporkan kunjungan delegasi ahli gabungan FAM menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 6hb Februari 2017 di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, tujuan delegasi tersebut adalah untuk memohon Sultan Johor memperkenan cadangan melantik DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bagi menerajui FAM pada kongres badan induk bola sepak negara pada bulan Mac ini sekaligus mengubah senario bola sepak negara. 

Ketika ditanya Sultan Ibrahim kepada Tunku Ismail tentang cadangan itu, Tunku Mahkota Johor menjawab;

“Patik hanya menjunjung titah Tuanku.”

Kemudian Sultan Ibrahim bertitah kepada Tunku Ismail;

“Ubahlah air muka bola sepak tanah air.”

Kenyataan yang disiarkan oleh laman Facebook JOHOR Southern Tigers pada 6 Februari 2017.

Beberapa gambar turut dimuatnaik dalam laman Facebook tersebut yang menunjukkan Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi ahli gabungan FAM.

Kerusi Presiden FAM menjadi rebutan empat tokoh terkemuka iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat dan Tunku Ismail sendiri.

Senarai akhir calon akan dibentangkan kepada EXCO FAM pada 20 Februari bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan untuk penggal 2017-2021 yang diadakan pada 25 Mac depan.

Umpama nak berkahwin, kena pi merisik mintak dengan ayahnya keluarganya dahulu. Begitulah jua delegasi ahli gabungan memohon izin perkenan Sultan Ibrahim merestui anaknya Sultan Ismail aka TMJ untuk bertanding jawatan Presiden FAM. Nice!


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TMJ SETUJU BERTANDING PRESIDEN FAM"

Post a Comment