GABI GUERRA CATAT HATRIK KECEWAKAN T-TEAM DI LARKIN

Sikap terlalu menghormati lawan menjadi punca kekalahan 3-0 T-Team kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. 

Gabi Guerra catat hatrik JDT vs T-Team
Gabi Guerra catat hatrik JDT vs T-Team

Pengendalinya, Rachmat Darmawan berkata dia kecewa dengan persembahan pemainnya terutama pada aksi babak pertama yang disifatkan hilang punca. Katanya, pemain T-Team seolah-olah terpegun dengan corak permainan skuad Harimau Selatan yang menguasai perlawanan pada babak pertama dan langsung tidak beri tekanan atau menghalang gerakan berbahaya skuad kendalian Benjamin Mora. 

"Tidak seorang pemain saya yang bertindak memberi tekanan di posisi tengah dan membiarkan pemain tuan rumah menguasai perlawanan dan saya agak kecewa dengan corak permainan pemain saya. 

"Pemain JDT begitu bebas bergerak dan mudah mengumpan bola malah Safiq (Rahim dan Nazmi (Faiz Mansor) mudah berlari dan mengawal bola di posisi tengah dan sekali gus menyebabkan tiga gol terhasil dengan mudah oleh pasukan tuan rumah. 

"Cara gol pertama yang terhasil oleh JDT cukup mudah apabila Safiq yang tidak dikawal sekadar melambung bola untuk pemain import JDT (Gabriel Guerra) menjaringkan gol dan seterusnya mereka jelas menguasai perlawanan," katanya.

Bagaimanapun, Rachmat tidak menafikan betapa anak didiknya kembali bangkit pada babak kedua selepas mula beri tekanan dan cuba menguasai posisi tengah dan ia beri kesan apabila barisan pemain JDT gagal menambah jaringan. 

Namun secara keseluruhan, beliau tampak kurang berpuas hati dengan kualiti permainan barisan pemainnya yang kerap kehilangan bola dan gagal untuk menyaingi kelibat pemain skuad Harimau Selatan. Katanya, aksi seterusnya berdepan FELDA United di laman sendiri, Selasa ini dan akan ada perubahan dengan menampilkan semangat melawan supaya lebih agresif untuk memburu kemenangan. 

"Kita tidak boleh lagi membiarkan pasukan lawan menjaringkan gol awal dan menyebabkan kita terpaksa bangkit memburu gol sebaliknya corak permainan yang lebih konsisten akan diterapkan pada aksi Selasa ini," kata Rachmat.

Video Gol JDT vs T-Team 3-0



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "GABI GUERRA CATAT HATRIK KECEWAKAN T-TEAM DI LARKIN"

Post a Comment