CAMEROON JUARA PIALA AFRIKA 2017 TEWASKAN MESIR

Cameroon meraih gelaran kelima Piala Afrika selepas menang 2-1 atas Mesir pada aksi final Piala Afrika 2017 di Stade de I'Amitie, Dua gol kemenangan Cameroon pada perlawanan tersebut dicipta oleh dua orang pemain gantian. 

Cameroon juara AFCON 2017 tewaskan Mesir
Cameroon juara AFCON 2017 tewaskan Mesir

Cameroon berjaya memperbalikkan keadaan setelah ketinggalan pada babak pertama. Mohamed Elneny membawa Mesir unggul terlebih dahulu pada minit ke-22. Namun, gol Nicolas N'Kolou (59 ') dan Vincent Aboubakar (88') berjaya merubah keadaan.

Kemenangan ini juga menjadi rekod bagi jurulatih Cameroon, Hugo Bross. Dia menjadi jurulatih pertama  berasal dari Belgium yang memenangi gelaran juara di Benua Afrika. Pada perlawanan tersebut, Cameroon memang unggul dari segi penguasaan bola dan jumlah peluang yang dicipta.

Akan tetapi, Mesir hanya memanfaatkan satu daripada dua peluang yang dimilikinya pada babak pertama. Elneny membawa Mesir unggul melalui gol yang cukup menarik. Melalui kerja sama beberapa pemain, pemain tengah Arsenal itu melepaskan rembatan padu di sudut sukar jarak dekat dan menggegarkan jaring gawang Cameroon.

Kemasukan Aboubakar pada awal babak kedua membuat Cameroon kian tajam. Usaha mereka untuk membalikkan keadaan menemui hasil ketika babak kedua berjalan hampir 15 minit. N'Kolou yang masuk menggantikan Adolphe Teikeu sejak minit ke-31, memecah kebuntuan Cameroon. Bermula dari umpanan silang dari sebelah kanan pertahahan Mesir, tandukan N'Kolou tak mampu disekat oleh penjaga gol Mesir, Essam El Hadary.


Match Highlights Cameroon vs Egypt AFCON Final 2017




Dua minit sebelum aksi sebenar 90 minit permainan tamat, gol kemenangan Cameroon tercipta. Dengan kawalan bola tepat, Aboubakar menerima umpanan jauh dengan dadanya, mengatasi seorang pemain Mesir, lalu melepaskan tendangan ke sisi kiri gawang Mesir.

Cameroon menang 2-1 atas Mesir. Ini adalah gelaran kelima Cameroon di Piala Afrika selepas 1984, 1988, 2000, dan 2002. Kemenangan ini juga meleburkan rekod buruk Cameroon bertemu Mesir yang tak pernah menang sejak 2002. Bagi Jurulatih Mesir, Hector menyatakan kegagalan ini juga menguatkan "status" pakar runner-up miliknya. HAHAHA


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "CAMEROON JUARA PIALA AFRIKA 2017 TEWASKAN MESIR"

Post a Comment