PENYOKONG PENANG MENGAMUK BAKAR STADIUM

Kekalahan pasukan Pulau Pinang pada aksi Liga Super menentang Sarawak malam ini, menimbulkan kekecohan di Stadium Negeri Batu Kawan.

Kekecohan dikatakan tercetus apabila penyokong fanatik skuad Harimau Kumbang merusuh di luar stadium selepas perlawanan tamat.

Penyokong Penang FA mengamuk membakar stadium selepas perlawanan Penang vs Sarawak
Penyokong Penang FA mengamuk membakar stadium selepas perlawanan Penang vs Sarawak

Sebelum itu ketika di dalam stadium sejurus perlawanan tamat, mereka turut menjerit kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Mereka kemudian berkumpul di luar stadium selepas pasukan RELA dan anggota polis tidak membenarkan mereka berada di perkarangan stadium, sambil bertempik kerana tidak puas hati terhadap Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Mereka turut membaling botol air mineral dan mercun ke arah pasukan RELA dan anggota polis yang berkawal di hadapan pintu masuk stadium.

Kerusi stadium dibakar oleh penyokong Penang FA
Kerusi stadium dibakar oleh penyokong Penang FA


Tindakan agresif penyokong pasukan itu menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Deputi Superintendan Shamsuddin Mamat yang turut berada di stadium, berkata keadaan terkawal dan kesemua mereka telah diarahkan untuk bersurai.

Video Penyokong Penang Mengamuk Bakar Stadium




Beliau berkata setakat ini, tidak ada tangkapan dilakukan.

Pada aksi malam ini, Pulau Pinang tewas 0-1 kepada Sarawak, iaitu kekalahan keempat berturut-turut skuad Harimau Kumbang dalam empat aksi liga, setakat ini.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PENYOKONG PENANG MENGAMUK BAKAR STADIUM"

Post a Comment