PASUKAN Terengganu berjaya mengekalkan rentak kemenangan apabila membenam cabaran juara Liga FAM, MISC- MIFA, 2-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Pada perlawana itu menyaksikan kem pelawat terlebih dahulu membuat percubaan awal menerusi A Puvanarajah sebaik perlawanan bermula, namun penjaga gawang Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tangkas menafikan hajat MISC-MIFA untuk membuka jaringan.
Lutfulla Turaev ledak 2 gol buat Terengganu |
Enam minit selepas itu, skuad kendalian Jacob Joseph sekali lagi mencemaskan gawang tuan rumah menerusi sepakan percuma yang dilakukan dengan kemas M Joges tetapi P Som Keat gagal memanfaatkan peluang keemasan itu untuk berada di depan.
Menuju ke pertengahan permainan skuad Penyu berjaya melepasi kawalan pertahanan pelawat menerusi gerakan cantik Federico Matias Falcone, namun Muhd Shahrin Sapien gagal memanfaatkan hantaran penyerang kelahiran Argentina itu di depan pintu gol MISC-MIFA.
Kedua-dua pasukan dilihat memperagakan aksi lebih berhati-hati, bagaimanapun kem Terengganu yang terus mengasak benteng pertahanan pelawat hampir menamatkan kebuntuan gol menerusi percubaan Lazaro Vinicius pada minit ke-27, namun rembatannya sedikit tersasar hasil sepakan percuma Lutfulla Turaev.
Berbaki sepuluh minit sebelum tamat babak pertama, Terengganu sekali lagi mencipta peluang untuk membuka jaringan menerusi dua pecubaan cantik Federico Matias Falcone (minit 35) dan Issey Nakajima (minit 36) tetapi gagal menemui pintu gol sehingga membawa perlawanan ke bilik persalinan.
Lutfulla Turaev ledak 2 gol buat Terengganu
Bersambung babak kedua memperlihatkan kem tuan rumah memperkemaskan rentak permainan dan Lutfulla Turaev berjaya mengembirakan penyokong skuad Penyu apabila menamatkan kebuntuan gol menerusi jaringan kemas ke gawang pelawat pada minit ke-46 hasil hantaran Mohd Izuan Jarudin.
Jaringan itu bagaimanapun tidak melemahkan semangat kem pelawat apabila turut melakukan beberapa percubaan merbahaya, namun skuad Penyu yang menampilkan aksi lebih berdisplin berjaya mengukuhkan kedudukkan menerusi jaringan peribadi kedua Lutfulla Turaev hasil hantaran Federico Matias Falcone pada minit ke-62.
Pelawat yang berusaha untuk merapatkan jurang kedudukan akhirnya membuahkan hasil menerusi tandukan kemas Micheal Ijezie Chukwubunna pada minit ke-78 hasil sepakan penjuru pemain gantian, M Thinnadkhran menjadikan kedudukan 2-1 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
0 Response to "[VIDEO] Terengganu 2-1 MISC MIFA | Liga Perdana 2017"
Post a Comment