Kuantan FA melakar kejutan apabila menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Kebangkitan yang dilakukan The Seagulls yang menjaringkan tiga gol dalam tempoh lima minit terakhir membantu skuad itu meraih kemenangan pertama dalam saingan liga itu.
Namun, pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan bermula hambar serta gagal mempamerkan ketajaman di bahagian serangan dalam memburu gol pendahuluan. Bagi tuan rumah, hanya satu percubaan berbahaya dapat dilakukan pemain import, Stefan Vukmirovic tetapi bola rembatan dari luar kotak penanti sedikit melepasi palang The Cops pada minit ke-18.
Peluang terbaik PDRM pula hadir tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Hazwan Fakrullah Mohd Zuridi yang turut bola melepasi palang. Bersambung babak kedua, aksi agresif dipersembahkan kedua-dua pasukan yang saling mengasak ke kubu lawan masing-masing untuk memastikan kemenangan.
Pada minit ke-68, PDRM akhirnya menjaringkan gol pendahuluan menerusi pemain import, Dao Bakary yang mudah menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menewaskan penjaga gol Kuantan FA, Mohd Sheril Anuar Saini. Tersentak jaringan itu, skuad kendalian Zulhamizan Zakaria berusaha untuk memecah benteng The Cops tetapi dinafikan barisan pertahanan lawan.
Pada minit ke-85, tuan rumah menjaringjan gol penyamaan menerusi Ljuba Baranin sebelum Nabilah Khan Razali muncul wira dengan dua gol pada minit ke-87 dan 90 untuk memastikan Kuantan FA meraih tiga mata.
0 Response to "[VIDEO] Kuantan FA 3-1 PDRM FA | Liga Perdana 2017"
Post a Comment