FABREGAS SEDIA BERMAIN DI LIGA CHINA

Pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas berkata dia tidak menolak kemungkinan akan bermain dalam Liga Super China selepas kerap berada di bangku simpanan musim ini.

FABREGAS SEDIA BERMAIN DI LIGA CHINA
FABREGAS SEDIA BERMAIN DI LIGA CHINA

Fabregas, 29, hanya berada di dalam kesebelasan utama sebanyak lima kali daripada 23 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang telah diharungi Chelsea penggal ini, dan tampil dari bangku simpanan sebanyak sembilan kali.

Skuad bimbingan Antonio Conte itu kini berada di kedudukan selesa di puncak carta Liga Perdana.

Memainkan peranan selaku pemain gantian merupakan perkara baharu kepada bintang antarabangsa Sepanyol itu, yang mengisi kesebelasan utama dalam 33 perlawanan Liga Perdana sepanjang dua musim bersama Chelsea, sementara ketika di Barcelona dan Arsenal, Fabregas sekurang-kurangnya bermain dalam 20 perlawanan liga sebagai pemain utama.

“Anda tidak akan tahu. Pertama, saya tidak berasakan boleh bermain di Eropah, perancangan saya ketika ini ialah berhijrah ke Amerika Syarikat. Tetapi anda tidak akan tahu apa yang bakal terjadi,” kata Fabregas, 29, kepada Natacha Tannous ketika ditanya mengenai Liga Super China dalam satu temubual di YouTube.


Oscar berpindah ke Shanghai SIPG

Bekas rakan sepasukan Fabregas, Oscar berpindah ke Shanghai SIPG sewaktu jendela perpindahan musim sejuk. Kelab itu dibimbing oleh bekas pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas dan turut disertai rakan senegaranya dari Brazil, Hulk serta Elkeson.

Carlos Tevez, Ezequiel Lavezzi, Axel Witsel dan Ramires juga mengikat kontrak dengan kelab China, baru-baru ini. Penyerang Blues, Diego Costa turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China, tetapi dilaporkan penyerang tersebut memaklumkan kepada sahabatnya bahawa dia tidak berminat menerima tawaran lumayan itu.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "FABREGAS SEDIA BERMAIN DI LIGA CHINA"

Post a Comment