BEKAS PEMAIN TRW, DIMITRI PETRATOS SAH KE KELAB ULSAN HYUNDAI KOREA

DIMITRI PETRATOS SAH KE KELAB ULSAN HYUNDAI KOREA | Brisbane Roar telah mengesahkan bekas pemain TRW, Dimitri Petratos akan menandatangani kontrak dengan kelab K-League, Ulsan Hyundai FC. Dimitri Petratos telah memainkan perlawanan terakhirnya untuk Brisbane Roar. Sebelum ini pemain tengah menyerang Petratos dikhabarkan akan meninggalkan Brisbane Roar pada akhir musim untuk Newcastle Jets, tetapi sebaliknya menuju ke kelab Korea Selatan Ulsan Hyundai.

DIMITRI PETRATOS KE KELAB ULSAN HYUNDAI KOREA
DIMITRI PETRATOS KE KELAB ULSAN HYUNDAI KOREA

Dimitri Petratos sah ke K-League Ulsan Hyundai

Akhir bulan lalu Newcastle Jets mengesahkan mereka telah menandatangani Petratos, dan adiknya Kosta. Dimitri khabarnya akan menyertai Jets dengan perjanjian tiga tahun bermula musim 2017/18 manakala Kosta telah ditandatangani pada perjanjian satu musim awal dari Perth Glory. 

Tetapi agak mengejutkan apabila kelab Brisbane Roar mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini untuk mengatakan bahawa mereka telah menerima tawaran untuk Petratos dari kelab Korea Ulsan dan beliau akan menyertai kelab Liga-K sementara menunggu laporan perubatan.

"Brisbane Roar ingin memberitahu ahli-ahli dan penaja kami tahu bahawa tawaran telah diterima oleh kelab itu bagi pemindahan Dimitri Petratos ke kelab Korea Ulsan Hyundai, dan tertakluk kepada pemain melengkapkan perubatan," kata kenyataan itu.


Dimitri Petratos tak jadi lawan kelab Carlos Tevez Shanghai Shenhua

Petratos sepatunya mengembara dengan pasukan Brisbane Roar ke China untuk pertembungan penting pasukan itu dalam aksi Liga Juara-Juara AFC menentang kelab Carlos Tevez iaitu Shanghai Shenhua pada hari Rabu. 

Tetapi ternyata dia telah bermain perlawanan terakhirnya dengan Brisbane Roar ketka bertemu Sydney FC pada 3 Februari lepas dan mengesahkan dia kini akan menuju ke Korea pada Isnin dan tidak akan menyertai pertemuan play-off di Stadium Bola Sepak Hongkou.

Jikalau Petratos turun bermain untuk Brisbane Roar pada malam Rabu nanti, Dimitri Petratos tidak akan dibenarkan beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara bersama Ulsan Hyundai. Beliau membuat keputusan untuk menerima tawaran Ulsan Hyundai selepas mengadakan perbincangan dengan jurulatih Roar, John Aloisi dan pengarah bola sepak kelab itu Craig Moore.


Newcastle Jets terima pampasan perpindahan Dimitri Petratos

Namun, Newcastle Jets tidak akan pulang hampa dengan perjanjian ini. Kelab terbabit akan turut berkongsi yuran perpindahan enam angka bersama Brisbane Roar.

Newcastle telah mengeluarkan kenyataan mengatakan akan turut dibayar pampasan apabila perpindahan Petratos ke Korea selesai.


Gol Freekick Menarik Petratos untuk Brisbane Roar


"Sekiranya Petratos berjaya melengkapkan terma peribadi dan perubatan serta bersetuju di Korea, dia tidak akan menyertai Newcastle Jets menjelang kempen Hyundai A-League musim 2017/18 seperti yang telah dirancang dan diumumkan."

Sebelum ini Dimitri Petratos beraksi bersama Kelantan TRW dalam kempen Piala AFC pada 2012/13. Sayang sekali TRW tidak mengikat kontrak kekal untuk Dimitri Petratos dalam kontrak jangka masa panjang.

Goodluck Petratos!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BEKAS PEMAIN TRW, DIMITRI PETRATOS SAH KE KELAB ULSAN HYUNDAI KOREA"

Post a Comment