NEGERI Sembilan terus mengukuhkan kedudukan selaku peneraju Liga Perdana 2017 dengan rekod cemerlang tanpa kalah selepas lima perlawanan apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas Kuantan FA di Stadium Darul Makmur di sini semalam.
Pemain Negeri Sembilan raikan kemenangan vs Kuantan FA |
Skuad kendalian Mohd Asri Ninggal itu mendapat gol pembukaan menerusi pemain importnya Bruno Junichi Suzuki pada m-8.
Lima minit kemudian penyerang lawan Marko Simic menambahkan derita Kuantan untuk gol kedua perlawanan.
Manakala tuan rumah seakan hilang rentak dan gagal menemui penyudah yang diharapkan untuk membolosi gawang pelawat.
Kedudukan kekal hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.
Bersambung babak kedua jentera serangan lawan terus menggandakan asakan dan Simic sekali lagi meledakkan gol ketiga Negeri Sembilan pada m-56.
Tersentak dengan situasi tersebut skuad kendalian Zulhamizan Zakaria terus menggandakan asakan dan gol saguhati tuan rumah dihasilkan pemain tengah kelahiran Jepun Shunsuke Nakatake.
Seminit sebelum wisel penamat tandukan pemain import Kuantan Ljuba Baranin tersasar dan kedudukan kekal hingga tamat perlawanan. - Sinar Harian
0 Response to "Negeri Sembilan menang 3-1 ke atas Kuantan FA"
Post a Comment