Leicester City memulakan perjuangan tanpa pengendali Claudio Ranieri dengan kemenangan 3-1 ke atas Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di laman sendiri sebentar tadi.
Pemain Leicester City meraikan kemenangan vs Liverpool |
Dalam perlawanan pertama sejak Ranieri dipecat Khamis lalu, Jamie Vardy meledak dua kali untuk penyandang juara Liga Perdana itu. Danny Drinkwater turut menjaringkan gol dengan rembatan jarak jauh.
Kemenangan itu membantu Leicester melonjak keluar dari zon penyingkiran ke tangga ke-15, dua mata di atas garis selamat dengan 12 perlawanan berbaki. Vardy meledak 24 gol liga musim lalu tetapi gol penyerang England itu di setiap babak awal pagi tadi adalah yang keenam dan ketujuhnya dalam kempen kali ini.
Ranieri dipecat sembilan bulan selepas membimbing Leicester mengharungi kejutan paling besar dalam sejarah sukan dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris. Pembantu Ranieri, Craig Shakespeare mengambil alih sementara tugas ketua jurulatih.
Namun Leicester gagal mengulangi prestasi cemerlang itu. Sebelum berdepan Liverpool, mereka hanya memenangi lima perlawanan liga. Lima kekalahan berturut-turut menyaksikan mereka tergelincir ke kelompok tercorot.
Liverpool kekal di tangga kelima tetapi hanya merakam satu kemenangan liga tahun ini. Gol tunggal Liverpool dijaringkan Coutinho pada minit ke-68.
0 Response to "LEICESTER CITY MALUKAN LIVERPOOL"
Post a Comment