ASAMOAH GYAN LANGGAR PERATURAN GAYA RAMBUT UAE

Bekas pemain pasukan bola sepak Sunderland, Asamoah Gyan merupakan antara 46 pemain yang diberikan surat amaran selepas gaya rambut mereka melanggar peraturan yang digariskan oleh Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA).

Asamoah Gyan diberi amaran langgar etika rambut Liga Arab
Asamoah Gyan diberi amaran langgar etika rambut Liga Arab

Asamoah Gyan yang juga kapten pasukan kebangsaan Ghana kini bermain di kelab Al-Ahli Dubai FC di UAE Pro-League. Menurut laporan BBC, UAE FA akan menghantar surat amaran untuk kesalahan kali pertama, denda dan seterusnya penggantungan untuk kesalahan berturut-turut.


Gaya rambut Qaza' haram di Arab Saudi

Gaya rambut 'Qaza' yang melibatkan cukur di bahagian sisi kepala adalah dilarang di beberapa negara Timur Tengah. Malah, pengadil juga diberikan kuasa untuk melarang atau membenarkan pemain yang yang menggayakan fesyen tersebut daripada bermain atau tidak.

Pemain bola sepak di Arab Saudi diharamkan daripada mempunyai potongan rambut Qaza kerana mereka dianggap 'tidak Islamik'. 

Larangan itu berkuat kuasa pada 7 April 2016 dan melarang kedua-dua pemain tempatan Arab dan pemain asing daripada mempunyai gaya rambut sedemikian di Arab Saudi.

Gaya rambut itu bertentangan dengan salah satu daripada ajaran Nabi Muhammad, yang melarang mencukur sebahagian kepala tetapi meninggalkan bahagian-bahagian lain yg tak dicukur. Gaya yang sebelum ini diharamkan pada tahun 2009 tetapi tidak kerap dikuatkuasakan.

Pada tahun 2012, penjaga gol Arab Saudi, Waleed Abdullah telah dipaksa mengubah fesyen rambutnya kerana menggayakan potongan 'kurang Islamik'.


Penjaga Gol dipaksa memotong rambut sebelum dibenar masuk ke padang



Waleed Abdullah, seorang penjaga gol untuk Al Shabab dan pasukan kebangsaan Arab, disuruh mengubah menggunting rambut beliau sebelum dibenarkan ke padang. Seorang pengulas bola sepak menggesa Persekutuan Bolasepak Arab Saudi untuk mengenakan sekatan ke atas pemain yang 'potongan rambut pelik sedang ditiru oleh peminat mereka di sekolah.'


Hukum Cukur Kepala, Buat Bentuk/Qaza' - Ustaz Azhar Idrus



'Style' Rambut, Cukur Tepi Jambul Atas (QAZA') - Ustaz Azhar Idrus


Semoga penjelasan isu cukur rambut sebahagian di kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain tanpa dicukur ini atau qaza ini akan membuat orang Islam itu sendiri sedar akan hukum perkara yang dilarang oleh agama Islam ini.

Di Malaysia, memang terlalu ramai pemain bolasepak yang menggayakan potongan rambut seperti ini. Pernah mereka dikutuk ditegur keras oleh netizen dan akhirnya segera membotakkan balik rambut mereka. Perkara ini terjadi kepada Indra Putra Mahyuddin. 

Namun pada hari ini, trend potongan sedemikian rupa makin menjadi-jadi. Seolah tiada yang menegur perbuatan mereka. "Alah, rambut je pun". Mereka terlupa, bukan kita saja-saja tegur, ini adalah larangan keras Nabi Muhammad dan Islam itu sendiri untuk tidak meniru gaya orang kafir. Fikirkanlah.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ASAMOAH GYAN LANGGAR PERATURAN GAYA RAMBUT UAE"

Post a Comment