TERKINI: MARIO GOMEZ BAKAL JURULATIH MALAYSIA

TMJ memberi bayangan bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez bakal kembali ke kancah bolasepak Malaysia sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan Harimau Malaysia.

Menerusi posting terbaru di laman Facebook rasmi JDT iaitu Johor Southern Tigers, TMJ mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan JDT yang akan melawan pasukan Gamba Osaka dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2017 petang ini.
Mario-Gomez-jurulatih-baru-Malaysia
Mario Gomez bakal dilantik jurulatih baru Malaysia

Mario Gomez bakal jurulatih Harimau Malaysia

Tanpa berselindung niat menjadikan Mario Gomez sebagai jurulatih baru Malaysia, TMJ bergambar dengan Mario Gomez yang heboh diperkatakan sebelum ini meninggalkan JDT secara mengejut dengan 'caption' TMJ bergambar dengan bakal jurulatih pasukan kebangsaan.

TMJ- Johor-bersama-bakal-jurulatih-pasukan-kebangsaan-Malaysia-Mario-Gomez
Tunku Mahkota Johor bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez mengucapkan selamat maju jaya kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan petang ini menentang Gamba Osaka. Luaskan Kuasamu Johor.





Mario Gomez telah meningglkan pasukan JDT secara mengejut 2 hari menjelang pertemuan aksi pertama Liga Super 2017 dan perebutan Piala Sumbangsih bertemu Kedah tempoh hari. Tempat Mario Gomez kini digantikan oleh Benjamin Mora yang dinaikkan pangkat dari JDT II.



Ramai yang sedia maklum keinginan TMJ untuk menukar barisan kejurulatihan skuad kebangsaan Malaysia andai kata diberi mandat sebagai Presiden FAM yang baru. Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee sudah boleh memikirkan hala tuju beliau selepas Kongres FAM yang bakal berlangsung bulan Mac 2017 ini.

Namun bagi Sembang Bolaa, lebih menarik jika Mario Gomez dan bergabung dengan Ong Kim Swee yang bertindak sebagai pembantu Mario Gomez. 

Mario Gomez jurulatih berwibawa

Kewibawaan Mario Gomez tak boleh dipertikaikan lagi bersama skuad JDT. Mario Gomez muncul jurulatih yang membawa kelab JDT menjuarai Piala AFC 2015 disamping kejuaraan Liga Super 2 musim berturut-turut termasuk memenangi liga tanpa sebarang kekalahan musim 2016. Antara kejayaan lain ialah Juara Piala FA 2016 dan Piala Sumbangsih 2016 merupakan kejayaan yang sangat luar biasa dicapai oleh JDt dibawah bimbingan Mario Gomez.

TMJ dilihat akan mendapat kepercayaan penuh oleh ahli gabungan untuk menerajui keduduki tertinggi dalam organisasi FAM. Semoga perlantikan TMJ nanti akan mengubah nasib bolasepak Malaysia yang kian muram.

Sembang Bolaa juga mengharapkan Mario Gomez yang disebut-sebut akan dilantik sebagai pengendali baru skuad kebangsaan Harimau Malaysia akan membawa kejayaan dan permainan menarik buat pasukan Malaysia. 




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TERKINI: MARIO GOMEZ BAKAL JURULATIH MALAYSIA"

Post a Comment