PANAS: MB Azmin Ali sindir Selangor FA

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menunggu lama untuk mengucapkan tahniah kepada PKNS FC selepas mengaibkan Selangor 5-3 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Pemain PKNS, Patrick Ronaldinho meraikan gol vs Selangor
Pemain PKNS, Patrick Ronaldinho meraikan gol vs Selangor


Menerusi laman mikro Twitter peribadinya, Menteri Besar Selangor itu juga menyatakan bahawa kejayaan dicapai skuad The Red Ants adalah hasil dari pengurusan yang berintegriti dan berwibawa. 

"Tahniah PKNS FC yang berjaya menembusi lima gol. Pengurusan yang berintegriti dan wibawa pasti menghasilkan kejayaan," katanya.

Status Azmin Ali sindir FAS di Twitter
Status Azmin Ali sindir FAS di Twitter

Bagaimanapun, status dimuat naik Mohamed Azmin dipercayai bermotif sindiran kepada barisan Exco dan pengurusan FAS memandangkan Red Giants masih sepenuhnya di bawah FAS.

Mohamed Azmin sebelum ini pernah membuat kenyataan mendakwa barisan Exco FAS gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bola sepak negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang (penswastaan sepenuhnya Liga Malaysia) pada 2018.

Pada 30 Disember lalu, Mohamed Azmin memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Presiden FAS yang disandangnya sejak Disember 2014.

Dalam satu kenyataan bersama bekas pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari, beliau mendakwa bahawa exco FAS sedia ada masih mengekalkan sikap dan budaya lama iaitu ‘politik berlebih-lebihan, melakukan kerja dengan cara lama dan amat bergantung kepada mentaliti subsidi’.


Video Gol PKNS 5-3 Selangor




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PANAS: MB Azmin Ali sindir Selangor FA"

Post a Comment