SKUAD Tok Gajah mempamerkan taring dengan kenduri gol di laman sendiri apabila membelasah Harimau Kumbang, 6-1 dalam saingan Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.
Joseph Kalang Tie turut mencetak nama sebagai penjaring gol Pahang vs Penang |
Tuan rumah menggegarkan gawang lawan dengan gol pembukaan menerusi penyerang Sumareh Mohamadou hasil hantaran rakan sepasukan Mattheus Alves pada m-15.
Selang sembilan minit kemudian giliran pemain tengah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menambahkan gol tuan rumah hasil rembatan deras ke dalam gawang berjaya menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani.
Wan Zaharulnizam menjaringkan gol cantik ketika Pahang vs Penang |
Tersentak dengan situasi itu, pelawat rancak mengatur serangan dan usaha mereka berhasil menerusi jaringan penyerang import Nigel Dabinyaba pada m-30.
Kedudukan kekal hingga tamat separuh babak pertama permainan.
Bersambung babak kedua,skuad kendalian Dollah Salleh terus mengatur gerakan namun masih buntu menambahkan jaringan.
Pahang kembali melebarkan jurang apabila pemain gantian Joseph Kallang Tie menambahkan gol ketiga buat tuan rumah pada m-65.
Pahang terus menambahkan derita pelawat apabila tandukan penyerang import kelahiran Brazil Alves menerjah ke dalam gawang lawan pada m-72.
Pahang terus berpesta gol dan kali ini dua jaringan menerusi pemain tengah Ashari Samsudin pada m-84,85.
Keputusan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Zulkifli Ahmad dengan tiga mata menjadi milik Pahang yang masih kekal di tangga kedua liga dengan 10 mata setakat ini di belakang Kedah selaku peneraju dengan beza satu mata.
0 Response to "PAHANG AJAR PENANG CARA BERMAIN BOLASEPAK"
Post a Comment