[VIDEO] Negeri Sembilan 3-1 PKNP FC | Liga Perdana 2017

Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan bola sepak Liga Perdana apabila menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dengan jaringan 3-1 malam tadi.

Bruno Suzuki terus mencetak gol buat Negeri Sembilan
Bruno Suzuki terus mencetak gol buat Negeri Sembilan

Bagaimanapun, dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, tuan rumah ketinggalan apabila pemain PKNP FC, G. Mugenthiran menjaringkan gol buat pasukan pelawat pada minit ke-37.

Skuad Hoben Jang Hoben bangkit pada separuh masa kedua apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-49 hasil jaringan Annas Rahmat.

Negeri Sembilan terus selesa apabila menyumbat dua lagi gol melalui pemain import, Curran Ferns pada minit ke-65 dan Bruno Suzuki (m-73)


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[VIDEO] Negeri Sembilan 3-1 PKNP FC | Liga Perdana 2017"

Post a Comment