PAHANG TEWASKAN PKNS FC 3-0 DI DARUL MAKMUR

Stadium Darul Makmur terus kebal dengan kejayaan Tok Gajah menundukkan PKNS FC,3-0 untuk meraih tiga mata penuh dalam aksi Liga Super 2017 di sini sebentar tadi.

Mohd Afif Amiruddin sumbang gol pertama Pahang vs PKNS semalam
Mohd Afif Amiruddin sumbang gol pertama Pahang vs PKNS semalam


Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Dollah Salleh di laman sendiri setakat ini sekaligus merampas kedudukan pendahulu liga setakat ini dengan 16 mata selepas tujuh perlawanan.

Pahang mendapat gol pembukaan menerusi pemain pertahanan Mohd Afif Amiruddin yang menanduk masuk ke dalam gawang lawan hasil sepakan penjuru oleh pemain tengah Joseph Kallang Tie pada m'12.

Seminit sebelum tamat separuh babak pertama permainan tamat cubaan penyerang tuan rumah,Matheus Alves berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol PKNS, Muhamad Nor Haziq.

Bersambung babak kedua permainan,Pahang terus melebarkan jurang apabila Alves menyempurnakan sepakan penalti pada m-57.

Tuan rumah terus selesa dengan gol ketiga pasukan menerusi pemain tengah Mohamad Ashari Shamsudin pada m-69.

Sebaliknya pelawat seakan buntu memecahkan gawang tuan rumah dengan kemantapan jentera pertahanan Pahang menyekat asakan PKNS.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Suhaizi Shukri.

Video Gol Pahang vs PKNS FC 3-0



Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "PAHANG TEWASKAN PKNS FC 3-0 DI DARUL MAKMUR"

  1. Ass,wr,wt saya atas Ibu salmah sangat berterima kasih banyak kepada AKI SOLEH atas bantuan pesugihan dana ghaib, kini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok AKI SOLEH itu semuanya benar benar terbukti nyata dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha kami dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekarang sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan AKI,saya tidak pernah menyangka kalau saya bisa sesukses seperti ini, dan kami sekeluarga tak lupah mengucapkan banyak berterima kasih kepada AKI,,bagi anda yang ingin dibantu sama AKI SOLEH silahkan hubungi di 082 313 336 747 insya allah AKI akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan putih tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blog AKI KLIK SITUS KAMI 
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
    No WA Aki : 082313336747

    ReplyDelete