APA KAITAN KIKO INSA, NATXO, BARCELONA & MALAYSIA?

APA KAITAN KIKO INSA, NATXO DAN BARCELONA? | Francisco Kiko Insa khabarnya sudah sah didaftarkan sebagai pemain tempatan Pahang FA bagi saingan Liga Malaysia 2017. Berita ini sudah pasti memberi kegembiraan buat pasukan Pahang itu sendiri serta pasukan Harimau Malaysia. Pahang boleh tersenyum puas kerana berjaya dapatkan seorang lagi tenaga pemain naturalisasi selepas Matthew Davies. Manakala Harimau Malaya dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee boleh memanggil pemain kelahiran Sepanyol ini ke dalam pasukan Malaysia jika berjaya tampilkan aksi positif nanti.

APA KAITAN KIKO INSA, NATXO DAN BARCELONA?
APA KAITAN KIKO INSA, NATXO DAN BARCELONA?

Kiko Insa pemain warganegara Sepanyol ini layak didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas permohonan dapatkan kerakyatan Malaysia diluluskan kerana ayahnya berasal dari Sabah.

Baca juga: KIKO INSA SAH MILIK PAHANG & MALAYSIA

Kiko Insa sebelum ini datang trial bersama skuad Sarawak FA tetapi hanya seketika apabila memberi alasan ada urusan keluarga harus diselesaikan. Namun pemain yang boleh bertutur bahasa Indonesia ini membuat kejutan apabila berada di pusat latihan skuad Pahang FA beberapa hari kemudian.


Kiko Insa pemain baru Pahang 2017

Selepas cemerlang dalam sesi ujian pemilihan pemain import, Kiko Insa pada dasarnya akan didaftarkan sebagai pemain import oleh jurulatih Dollah Salleh. Namun pihak pengurusan Pahang FA akhirnya mendedahkan Kiko Insa akan didaftarkan sebagai pemain tempatan dan akan mencari seorang lagi pemain import baru mengisi kekosongan untuk saingan Liga Super Malaysia 2017.

Kiko Insa diberi kontrak 5 tahun bersama Arema Cronus tetapi...

Kiko Insa sebelum ini menyertai Arema Cronus di Liga Indonesia. Walaupun baru sahaja 3 bulan di Arema, Kiko Insa terus ditawarkan kontrak baru selama 5 tahun. Berjaya mencuri perhatian dengan aksi cemerlang bersama Arema Cronus. Selain itu, kelab tersebut senang hati dengan sifat Kiko Insa yang sangat peramah di media sosial bersama penyokong mereka iaitu Aremania.

Selain itu kesetiaan Kiko Insa kepada kelab apabila kesudian membuat tatu singa dan tulisan ‘salam satu jiwa’ di lengan kanannya. Selama ini belum ada pemain asing ataupun pemain tempatan yang mentato tubuhnya dengan simbol pasukan dan tulisan ‘salam satu jiwa’. Sebelumnya, bekas penyerang Arema dari Argentina, Franco Hitta hanya membuat tato singa di lengan kanannya tanpa menuliskan ‘salam satu jiwa’.

Aksi menarik Kiko Insa ketika di Arema Cronus


Selain itu kerana kesediaan Kiko Insa bersedia menjadi Warga Negara Indonesia (WNI). Jika proses naturalisasi berjalan lancar, maka Arema akan beruntung kerana boleh menambah satu slot lagi untuk pemain asing. Namun, segalanya berubah apabila dipercayai Kiko Insa bergaduh dengan jurulatih Milomir Seslija.

Milomir Seslija atau lebih senang disapa coach Milo pernah membimbing skuad Sabah FA di Malaysia pada musim 2013. Malah coach Milo pernah mewakili skuad Kuala Lumpur pada 1992 dan berkelana 5 tahun bermain untuk Sabah FA. selepas itu. Kiko Insa selepas itu dipinjamkan ke Bali United. Pertelingkahan ini berterusan di media sosial dan ketika pertembungan Bali United lawan Arema Cronus selepas pada itu.

"Tolong sampaikan pesan ke Kiko, dia dapat salam dan cium hangat dari saya," kata Milomir Seslija.

Abaikan cerita lama. Francisco Kiko Insa mesti mempunyai alasan tersendiri. Laut boleh berubah, inikan hati manusia. Ceeewah. Doakan Kiko Insa akan pamer aksi terbaik bersama skuad Pahang nanti. Mudahan boleh bantu skuad Harimau Malaya gapai kejayaan besar hari mendatang.

Menariknya....

Kiko Insa ada abang kandung beraksi di La Liga

Harimau Malaya bakal dapat pakej 2 pemain naturalisasi sekaligus | Betapa beruntungnya apabila bolasepak Malaysia akan mendapat khidmat 'Kiko Brothers'. Kiko Insa kini berusia 28 tahun mempunyai abang kandung yang bernama Ignacio Insa Bohigues. 

Natxo Insa merupakan abang kandung Kiko Insa
Natxo Insa merupakan abang kandung Kiko Insa

Ignacio lebih popular dengan nama panggilan Natxo Insa. Miliki perjalanan karier yang lebih baik berbanding Kiko Insa apabila bermain di beberapa kelab besar La Liga di Sepanyol seperti, Valencia, Villarreal, Celta Vigo, dan Real Zaragoza. Natxo Insa bermain di posisi pemain tengah.

Memang karier Natxo Insa di Valencia pada musim 2007–2009 kurang diberi peluang apabila hanya bermain satu kali buat kelab gergasi La Liga itu. Namun, berada di sebuah kelab besar seperti Valencia adalah satu pencapaian yang hebat di mata peminat bolasepak Malaysia.

Musim berikutnya, pemain berusia 30 tahun ini telah dipinjamkan oleh Valencia ke Eibar. Di kelab Eibar ini, Natxo bermain sebanyak 56 kali dan mencetak tiga gol.

Perjalanan karier Natxo Insa
Perjalanan karier Natxo Insa

NATXO INSA PERNAH MELEDAK GOL VS BARCELONA

Natxo Insa pernah skor gol ketika vs Barcelona | Moment terbaik Natxo Insa ketika di La Liga ialah meledakkan gol ketika bertemu pasukan gergasi dunia, Barcelona FC ketika menyarung jersi kelab Celta Vigo pada musim 2013. Pada 30 Mac 2013, Natxo Insa menyumbang gol pembukaan untuk pasukannya pada minit 38. Namun gol itu tak mampu bantu Celta Vigo menewaskan Barca kerana lawan berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit akhir permainan untuk kedudukan seri 2-2.



Terkini, abang kandung Kiko Insa itu bermain di kelab Levante pada musim 2016/17. Sudah merekodkan 21 penampilan buat kelab Levante yang beraksi liga kedua Liga Sepanyol atau lebih dikenali dengan Segunda Division.


Harapan Kiko dan Natxo Insa wakili Malaysia


Selepas Kiko Insa berjaya mendapatkan status kerakyatan Malaysia, sudah pasti menjadi jalan mudah untuk membawa abang kandungnya, Natxo Insa untuk turut sama mendapat hak kerakyatan Malaysia demi membolehkan kedua-dua adik beradik kelahiran Sepanyol berbapakan orang Sabah ini peluang mewakili Harimau Malaya.

Natxo Insa Bakal Pemain Naturalisasi Malaysia 2017 

Khidmat kedua-dua pemain ini amat diharapkan untuk membawa perubahan dalam corak permainan skuad kebangsaan Malaysia yang kian hari makin lesu.




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "APA KAITAN KIKO INSA, NATXO, BARCELONA & MALAYSIA?"

Post a Comment