TRW JINAKKAN PERAK 4-2 DI LAMAN LAWAN

PERAK tumpas 2-4 kepada Kelantan pada aksi Liga Super 2017 di Stadium Perak, malam ini.

Mohamad Ghaddar ledak hatrik vs Perak
Mohamad Ghaddar ledak hatrik vs Perak


Penyerang import pelawat, Mohamad Ghaddar meledak hattrik sebelum bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin menjaringkan satu gol pada penghujung perlawanan.

Kedua-dua pasukan bermula garang dengan mengasak ke gawang lawan bagi membuka jaringan.

Asakan-asakan Perak akhirnya berjaya menghasilkan gol pembukaan apabila penyerang import, Vladislav Mirchev menanduk masuk hantaran cantik Mohd Zakuan Adha pada minit ke-17.

Tersentak dengan gol itu menyaksikan Kelantan bangkit mengasak ke gawang Perak bagi menyamakan kedudukan.

Kelantan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohamad Ghaddar pada minit ke-37.

Gol itu dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan Kelantan untuk mengasak ke gawang Perak bagi menambah jaringan namun semua cubaan gagal menemui sasaran hingga tamat babak pertama.

Kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan pada babak kedua bagi menambah jaringan.

Kelantan dilihat memiliki beberapa peluang untuk menambah gol, namun beberapa percubaan berjaya diselamatkan penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy selain menyaksikan beberapa percubaan lain tersasar.

Bagaimanapun, penyerang import Mohamad Ghaddar berjaya meledak gol kedua pelawat pada minit ke-83 dan lima minit berselang Ghaddar sekali lagi membuktikan dirinya penyerang yang perlu digeruni apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk gol ketiga pelawat.

Perak kemudiannya menjaringkan gol kedua Perak menerusi Vladislav Mirchev pada minit ke-90.

Kelantan kemudiannya sekali lagi menghukum kealpaan benteng pertahanan Perak apabila Indraputra Mahayuddi meledak gol keempat Kelantan dan sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya pelawat.

Video Full Highlight Perak vs Kelantan 2-4



Video Jurulatih TRW Zahasmi Ismail menangis selepas TRW menang vs Perak




PERAK - Muhammad Hafizul Hakim, Mohd Nasir Basharuddin (Faton Toski), Mohd Shahrom Abd Kalam (kapten), Mohd Zaquan Adha Abd Razak, Yashir Armando Pinto Islame, Vladislav Mitkov Mirchev, Mohd Nazrin Nawi (Abdul Hadi Yahya), Nazirul Naim Che Hashim, Thiago Junio de Aquino, Mohd Hafiz Kamal

KELANTAN - Mohd Ramadhan Ab Hamid, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Farisham Ismail, Mohd Qayyum Marjoni Sabil, Mamadou M.Danso, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Mohd Khairul Izuan Rosli, Morgaro Lima Gomis, Mohamad Ghaddar, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak (S.Thinagaran)

Pengadil - Mohd Nafeez Abd Wahab

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "TRW JINAKKAN PERAK 4-2 DI LAMAN LAWAN"